Berapa Lama Proses Refinance Rumah?
Proses pembiayaan semula rumah (Refinance) adalah satu proses yang agak lama. Jika dikira dari hari pertama anda menhantar borang ke bank sehinggalah lengkap seluruh transaksi, masa yang diambil untuk cash out atau mendapat wang lebihan adalah 5 hingga 7 bulan. Namun begitu, bergantung juga pada status pemilikan rumah anda.
1. Rumah Leasehold yang mempunyai geran individu ataupun strata
Rumah Leasehold yang telah berdaftar nama tuan punya dan telah keluar geran rumah individu atau strata akan mengambil sekurang-kurangnya 6-7 bulan untuk selengkapnya siap transaksi refinance.
- Ini adalah kerana, Rumah leasehold yang bergeran perlulah mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri yang mengambil masa agak lama sebelum melakukan sebarang transaksi.
- Setiap negeri mempunyai masa 1-3 bulan untuk meluluskan consent ini.
- Malahan, ada yang mengambil masa sehingga 6 bulan hanya untuk mendapatkan consent.
Ini adalah salah satu kekurangan membeli rumah leasehold dari rumah freehold.
2. Rumah Freehold yang mempunyai geran individu ataupun strata
Rumah yang telah berdaftar tuan punya, berstatus freehold dan telah mendapat geran akan mengambil sekurang-kurangnya 3-5 bulan untuk lengkap semua transaksi.
- Kebanyakkannya rumah freehold tidak perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri.
- Tetapi, ada juga yang perlu mendapat kelulusan.
- Mana-mana yang terlibat untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa negeri, masa lengkap transaksi adalah sama seperti rumah leasehold iaitu 6-7 bulan.
3. Rumah Freehold & Leasehold yang berstatus Master Title
Rumah-rumah yang masih di bawah master title dan belum mendapat geran proses yang diambil adalah dalam 3-5 bulan.
Dibawah master title, pihak bank hanya perlu mendapat confirmation letter dari pihak pemaju sahaja.
Tetapi, perlu diingat masa yang dinyatakan hanyalah anggaran sahaja.
Mungkin juga ada faktor faktor lain yang bolehkan melambatkan ATAU mencepatkan process refinance rumah.
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Tentang Penulis
Nurul Amalina Sabri
Beliau telah berjaya memiliki Rumah Teres Semi-D diusia 25 tahun dan juga Pengusaha Homestay dari asset rumah pertamanya. Beliau merupakan salah seorang pembeli rumah yang berurusan dengan Pihak Benahous pada tahun 2019. Sejak penglibatan beliau sebagai Konsultan bertauliah Benahous, beliau telah berjaya membantu ramai pemohon penjawat swasta dan penjawat kerajaan yang kurang kelayakkan untuk Memiliki Rumah Pertama mereka. “Ada yang Mampu tapi Tidak Layak, Ada yang Layak tapi Lambat Ambil Tindakan & Akhirnya Menyesal Pabila Hilang Peluang…Jadi tugas saya untuk menyedarkan mereka (Golongan tersebut) untuk Bertindak Dari Sekarang ketika masih diberi peluang..” – Nurul Amalina Sabri
- http://amalinasabri.benahous.com/
Leave A Comment