KELEBIHAN RUMAH SUBSALE

Rumah subsale subsale dibeli di pasaran terbuka atau pasaran sekunder, lazimnya dari individu pemilik rumah sebelumnya. Pelbagai manfaat boleh diperoleh melalui rumah subsale seperti :

ALIRAN TUNAI – Rumah sudah terbina & nampak didepan mata. Oleh itu owner boleh menjadikan aset aliran tunai melalui sewaan(cashflow), homestay atau mejual semula (money flipping).

TIADA RISIKO PEMBINAAN – Seperti diketahui rumah subsale sudah siap & bukan seperti rumah undercon (dalam pembinaan). Melainkan melibatkan kos renovation yang simple merupakan perkara biasa.

NEGOTIATE HARGA – Kebiasannya harga bawah dari market dan masih boleh berunding dengan owner. Haga bulanan sewaan paling tidak dapat cover minimum 70% installment sudah memadai. Bergantung pada lokasi pembelian juga.

MUDAH BERPINDAH – Rumah subsale boleh diduki kebiasaanya selepas 6 bulan dari sign agreement kerana itu tempoh loan mula disburst pada owner asal. Namun terdapat juga tempoh sehingga 2 tahun untuk duduki kerana hal-hal tertentu.

KEKURANGAN RUMAH SUBSALE

Walaubagaimanapun masih terdapat kekurangan yang perlu diambil kira oleh pembeli seperti :

TOPUP WANG BEZA – Sedia maklum maximum loan rumah subsale hanya 90% sahaja. Oleh itu buyer perlu menyediakan minimum 10% deposit dari harga rumah. Contoh penyediaan RM20K bagi rumah RM200K. Jika loan slash margin jadi 80%, buyer perlu menyediakan deposit 20%.

CAJ TAMBAHAN – Pelbagai caj perlu ditanggung pembeli (cth : duti stem, MOT, doc SPA, yuran guaman SPA, yuran guaman loan rumah). Segala caj melibatkan percent mengikut harga rumah ditetapkan. Semakin tinggi harga rumah, semakin tinggi caj.

KOS PENYELENGGARAAN – Sekiranya ada tunggakan atau penyelenggaraan akibat sudah lama terbiar berkemungkinan melibatkan kos (cth : cukai pintu, bil api/air, dll..).

KEROSAKAN DITANGGUNG PEMBELI – Kebiasaannya terdapat beberpa kos yang perlu dikeluarkan lagi setelah rumah diduduki. Sebagai contoh tangki tersumbat, dinding retak, atap bocor, lantai pecah dan sebagainya.

STATUS LEASEHOLD SEDIKIT – Sedia maklum tempoh pinjaman leasehold limit 99 tahun sahaja. Jika tamat, waris perlu menambah tempoh leasehold dengan bayaran setiap kaki persegi rumah mengikut tahun semasa. Bgai tempoh leasehold yang hampir tamat akan menyukarkan pihak bank untuk meluluskan loan & buyer sendiri perlu bayar bagi tambahan tempoh leasehold.

Oleh yang demikian bagi pembeli rumah subsale perlu menyediakan sejumlah wang yang besar dan melibatkan duit simpanan anda. Tidak hairanlah rumah RM200K memerlukan sekurangnya RM30K untuk caj & deposit. Ini belum termasuk kos kerosakan & penyelenggaraan rumah ya.

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/