MARI KENALI MAX LOAN

Bagi pengiraan max loan ni, korang perlu kira dahulu Debt Service Ratio (DSR) ya.Boleh Tekan sini untuk tahu apa itu DSR. Bagi individu gaji bawah RM 3,500 dikategorikan DSR 40%. Untuk individu gaji atas RM 3,500 dikategorikan DSR 70%. Terdapat sesetengah bank meletakkan orang gaji atas RM 3,500 dikategorikan DSR 60%.

FORMULA DSR 40% = (0.4 X Gaji Bersih) – Komitmen Sedia Ada

FORMULA DSR 70% = (0.7 X Gaji Bersih) – Komitmen Sedia Ada

Maximum loan dalam bahasa mudah adalah berapa max loan boleh pergi bagi individu tersebut. Yelah takkan kelayakan RM180K, tapi apply rumah RM300K kan. Memang kena reject nanti. Bila dah dapat nilai DSR, baru boleh kira maximum loan

FORMULA MAX LOAN = DSR X 200 (rule of thumb)

Rule of thumb ni adalah nilai yang ditetapkan oleh bank bagi pengiraan maximum loan ya. Jadi jangan korang ubah nilai lain pula.

Sebelum korang nak kira kelayakan, kira dahulu gaji bersih mengikut standard bank. Basic tetap ambil 100%, earnings (elaun, overtime, komisen, dll..) ambil 50% dan potongan (eps, socso, dll..) penolakan 100%.

Maximum Loan ARIF adalah RM RM 162,000. Namun masih boleh apply loan lebih dari nilai yang diperoleh tetapi masih perlu menepati syarat Net Disposable Income (NDI) yang ditetapkan pihak bank. Penggunaan Skim Rumah Pertama (SRP) boleh membantu beliau memiliki rumah pertama dengan lelulusan 100% jika menepati syarat ditetapkan.

Sebelum korang nak kira kelayakan, kira dahulu gaji bersih mengikut standard bank. Basic tetap ambil 100%, earnings (elaun, overtime, komisen, dll..) ambil 50% dan potongan (eps, socso, dll..) penolakan 100%.

Maximum Loan SARA RM 293,000. Namun masih boleh apply loan lebih dari nilai yang diperoleh tetapi masih perlu menepati syarat Net Disposable Income (NDI) yang ditetapkan pihak bank. Apa itu Net Disposable Income (NDI) ? Tekan sini untuk maklumat & rujukan berkenaan NDI

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/