Kenapa Refinance Rumah
Apakah itu Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan (Refinance)
Pembiayaan semula pinjaman rumah (Refinance) merupakan penukaran atau pemindahan pinjaman rumah yang sedia ada dengan pinjaman baru di bawah syarat dan terma yang termaktub. Dalam bahasa mudahnya, seperti meminjam wang sekali lagi untuk membayar hutang anda dalam akaun pinjaman rumah sedia ada.Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tempoh proses untuk refinance dan Jenis Refinance Rumah di Malaysia
1. Kadar Faedah (Interest%) Lebih Rendah
Kadar Pinjaman Asas (BLR) mempengaruhi kadar faedah pinjaman rumah. Oleh itu, pembiayaan semula pinjaman perumahan adalah yang terbaik untuk mengurangkan ansuran bulanan pinjaman rumah anda ketika kadar faedah yang lebih baik ditawarkan oleh bank.
Contoh Mudah:
- Kadar faedah tetap Pinjaman rumah anda 6.6% dan kadar faedah semasa bagi pembiayaan semula ialah 4.4%.
- Jika anda memilih pembiayaan semula, Anda akan membayar kurang 2.2% faedah setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman anda.
- Secara perspektifnya sebagai contoh apartment kos sederhana di Selangor, 2.2% X RM400,000 adalah RM8,800.
2. Melanjutkan Tempoh Pinjaman
Pembiayaan semula pinjaman rumah (Refinance) membantu anda mengubah tempoh pinjaman anda mengikut kepada keperluan semasa anda.
Jika anda mempunyai isu-isu aliran wang bulanan, pemilihan pelan pembiayaan semula dengan tempoh pinjaman yang lebih panjang memudahkan anda untuk membayar dengan jumlah wang yang lebih kecil dalam ansuran bulanan, dan secara langsung anda mempunyai lebih banyak baki daripada pendapatan bulanan anda untuk kegunaan peribadi.
Ini sangat berguna terutamanya apabila komitmen anda bertambah, contohnya terbeli kereta baru atau untuk membayar kemasukan anak ke pendidikan tertinggi.
3. Memendekkan Tempoh Pinjaman
Rentetan dari perkara diatas, katakan dari segi kewangan, anda lebih stabil berbanding dengan pertama kali anda mengambil pinjaman rumah.
- Lalu, anda terfikir untuk mengurangkan tempoh pinjaman anda (contoh dari 20tahun ke 10 tahun) atas tujuan untuk menjimatkan kos faedah anda.
- Maka, pembiayaan semula pinjaman rumah adalah pilihan terbaik yang membolehkan anda berbuat demikian.
- Terutamanya jika anda terlibat dengan pakej pinjaman rumah tanpa pilihan-pilihan bayaran pendahuluan yang fleksibel.
4. Penyatuan Hutang
Semestinya agak sukar bagi pemilik-pemilik beberapa hartanah untuk memantau setiap satu akaun Pinjaman Perumahan anda.
- Jika anda juga membayar balik beberapa pinjaman rumah yang berbeza pada masa yang sama, pelan pembiayaan semula sekali sahaja membolehkan anda untuk menyatukan kesemuanya ke satu akaun.
- Jadi anda akan menerima satu penyata dan membuat satu bayaran setiap bulan.
- Kemudahan ini sangat membantu segelintir pemilik hartanah untuk mendapatkan pelan pembiayaan semula.
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Tentang Penulis
Nurul Amalina Sabri
Beliau telah berjaya memiliki Rumah Teres Semi-D diusia 25 tahun dan juga Pengusaha Homestay dari asset rumah pertamanya. Beliau merupakan salah seorang pembeli rumah yang berurusan dengan Pihak Benahous pada tahun 2019. Sejak penglibatan beliau sebagai Konsultan bertauliah Benahous, beliau telah berjaya membantu ramai pemohon penjawat swasta dan penjawat kerajaan yang kurang kelayakkan untuk Memiliki Rumah Pertama mereka. “Ada yang Mampu tapi Tidak Layak, Ada yang Layak tapi Lambat Ambil Tindakan & Akhirnya Menyesal Pabila Hilang Peluang…Jadi tugas saya untuk menyedarkan mereka (Golongan tersebut) untuk Bertindak Dari Sekarang ketika masih diberi peluang..” – Nurul Amalina Sabri
- http://amalinasabri.benahous.com/
Leave A Comment