Anda ada impian membeli rumah pertama anda? Tak tahu cara nak beli rumah pertama anda?

Kalau anda tidak pernah membeli rumah sebelum ini, pasti pelbagai jenis pertanyaan yang timbul. Jangan risau, artikel ini akan berkongsikan cara-cara membeli rumah pertama anda.

Tips yang dikongsikan dalam artikel ini adalah bagi memastikan anda boleh membeli rumah pertama dengan mudah.

5 Tips Beli Rumah Pertama

1. Menilai kemampuan kewangan

Sebelum memburu rumah pertama, anda perlu pastikan bayaran ansuran pinjaman rumah tidak melebihi satu pertiga daripada pendapatan isi rumah.

Contohnya, jumlah pendapatan keluarga adalah RM6,000, anda tidak sepatutnya membayar lebih daripada RM2,000 untuk bayaran pinjaman perumahan.

Tips ini penting sebab banyak lagi kos membeli rumah yang perlu diambil kira seperti wang pendahuluan, kos guaman, duti setem dan lain-lain.

2. Pastikan laporan kredit anda bersih

Laporan kredit adalah refleksi anda sebagai seorang penghutang. Jika laporan kredit anda tidak bagus seperti banyak tungakkan dan rekod pembayaran tidak sempurna, kebarangkalian anda dapat meminjam wang adalah tipis.

Laporan kredit ini melibatkan pembayaran CCRIS, CTOS, PTPTN dan pinjaman lain-lainnya. Jadi, anda perlu pastikan laporan kredit anda mantap sebelum membeli rumah pertama anda.

3. Jadikan Rumah Pertama Sebagai Rumah Pelaburan

Anda boleh menjadikan rumah pertama yang dibeli sebagai rumah pelaburan. Dengan menjadikan ia rumah sewa, anda boleh menjana duit poket tambahan setiap bulan.

Jika anda sudah berkeluarga dan keperluan rumah lebih penting, mungkin anda perlu mencari rumah kedua pula sebagai rumah pelaburan.

Episode 1: Starting A Business

4. Cari ejen hartanah

Bila dah jumpa apa yang anda inginkan, anda dinasihatkan cari ejen hartanah yang berdaftar dan mempunyai rekod yang baik.

Ejen hartanah boleh memberi nasihat dalam pelbagai perkara seperti pasaran semasa, latar belakang dan rekod pemaju.

5. Cari peguam hartanah

Melantik peguam hartanah tidak wajib tetapi ia sangat membantu sebab urusan jual beli rumah melibatkan wang yang banyak.

Peguam hartanah penting terutamanya dalam membantu anda fahami proses pembelian hartanah, menjadi pihak neutral dan menyemak dokumen yang terlibat.

Kadang-kala, pihak pemaju menawarkan khidmat peguam mereka tetapi mereka mewakili pihak pemaju, jadi keutamaannya adalah kepada pemaju dulu.

5 Perkara Penting Kenapa Perlu Ada Rumah Sekarang !! tekan sini

13 Tips Wajib Beli Rumah Pertama Bagi Anda Yang Sedang Survey Rumah Pertama tekan sini

Cara Beli Rumah Pertama (Panduan Terkini 2023) tekan sini

Apakah Umur Yang Sesuai Untuk Miliki Rumah ?? tekan sini

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Colin Nizam

Graduan Sarjana Akaun ini telah mempunyai pengalaman dalam industri hartanah dan juga kewangan sejak tahun 2015 lagi. Belaiu telah membantu lebih 1,000 buah keluarga untuk mencapai matlamat kewangan mereka.

Hartanah