Menyesal sangat beli rumah ‘hantu’ ni, terseksa sangat menanggung beban.

Sumber: Facebook

Demikian lah rintihan seorang wanita lingkungan 40-an yang menanggung beban seperti “mayat hidup” kerana salah membeli rumah pada beberapa tahun yang lalu. Rumah yang dibelinya pada peringkat awal bertujuan untuk membuat pelaburan tetapi kerana salah percaturan dan tidak membuat kajian dengan betul sekaligus mengakibatkan beliau menanggung beban bulanan yang sangat tinggi dan baki gaji yang sangat sedikit.

Bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku, berikut merupakan beberapa tips untuk anda jika mahu membeli rumah bagi tujuan pelaburan:

1. Lokasi

Lokasi ialah faktor kritikal dalam pelaburan hartanah dan harus menjadi pertimbangan utama anda. Cari hartanah di kawasan yang mempunyai industri pekerjaan yang banyak dan sangat bonus jika dekat dengan tempat perlancongan. Kawasan dengan pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat juga boleh membawa kepada kawasan yang positif untuk membuat pelaburan hartanah.

2. Keadaan pasaran semasa

Selidik terlebih dahulu keadaan pasaran hartanah semasa dan cari di kawasan dengan harga yang stabil atau sedang meningkat. Ini akan memberi anda gambaran sama ada kawasan rumah itu berkemungkinan boleh meningkat nilaiannya dari semasa ke semasa. Selain itu, pertimbangkan pertumbuhan ekonomi masa depan dan pertumbuhan penduduk di kawasan itu, kerana ini boleh memberi kesan kepada permintaan untuk perumahan.

3. Permintaan sewa

Pertimbangkan potensi hartanah untuk disewakan di kawasan tersebut dan persaingan hartanah lain di sekitarnya. Selidik hartanah di kawasan itu untuk menentukan potensi pendapatan sewa denagn kadar yang berbaloi. Ini akan membantu anda menentukan sama ada hartanah itu merupakan pelaburan yang baik dari segi pendapatan sewa dan potensi nilai jualan semula.

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Alhakam Azemi

Beliau telah membantu lebih dari 1,000 orang rakyat Malaysia secara langsung dan tidak langsung dalam pemilikan rumah mampu milik. Minat beliau secara mendalam dalam bidang hartanah membuatkan beliau meninggalkan kerjaya hakiki beliau dan menjadi konsultan hartanah sepenuh masa.

Hartanah
  • http://alhakamazemi.benahous.com/