MAKSUD ASET & LIABILITI ???

Betul ke beli rumah ni aset ? Habis tu kenapa orang kata bayar bulanan tu adalah liabiliti. Har pening sudah. Jom sama-sama fahamkan.

ASET – Jumlah yang memberi hasil & keuntungan selepas modal dikeluarkan

LIABILITI – Tanggungan terpaksa ditanggung dimana belum memberi pulangan hasil

ASET VS LIABILITI

ASET – Ali berjaya peroleh RM 150 cashflow setiap bulan hasil menyewakan rumahnya. Begitu juga anda simpan duit di ANSB atau Tabung Haji. Institusi akan memberikan dividen pulangan hasil tahunan kepada anda. Itulah aset anda kerana menerima duit. Pihak mereka adalah liabiliti kerana perlu memberikan duit kepada anda.

LIABILITI – Adi membayar bulanan rumah RM 800 setiap bulan tanpa menyewakannya. Konon nak dekat tempat kerja katakan. Begitu juga personal loan. Bank akan mengenakan interest pada loan anda. Itulah liabiliti kerana anda mengeluarkan duit. Pihak bank adalah aset kerana menerima duit daripada anda.

Kesimpulannya, anda harus bijak dan cakna dalam membezakan liabiliti dan Aset .Lebih baik Jadikan Aset anda sebagai Cashflow setiap bulan.Senang cerita, biar aset yang bekerja untuk anda bukan anda bekerja untuk Aset. Nak tahu maksud dan cara buat Cashflow melalui Rumah ? tekan sini

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/