PROSES BELI RUMAH SUBSALE

Rumah subsale subsale dibeli di pasaran terbuka atau pasaran sekunder, lazimnya dari individu pemilik rumah sebelumnya. Mungkin ramai nak tahu proses pembelian, sila baca sampai habis

SITE VISIT RUMAH – Mula korang semak kelayakn dulu lepas tak dengan rumah yang diminati, takdalah buang masa site visti tapi tak lepas kelayakan. Jika layak dan berminat boleh teruskan prosedur penyediaan dokumen bersama agen. Ingat rumah subsale wajib menyediakan 10% deposit dari harga rumah. 3.18% untuk komisen agensi dan 6.82% untuk owner tetapi dipegang oleh lawyer dahulu. Yelah takut owner guna pakai atau menyepi secara tiba-tiba.

SUBMIT DOC TO BANK – Kalau menggunakan loan bank submit ke bank la, begitu juga menggunakan loan lppsa submit pada lppsa. Banker akan menilai permohonan sama ada buyer layak dapat pinjaman, slash margin atau decline. Ingat rumah subsale ni maximum loan hanya 90% sahaja. Kalau kelayakan korang boleh markup, silakan.

SUBMIT DOC TO LAWYER – Bila banker sudah approve loan, bermulalah prosedur untuk menyediakan dokumen perumahan. Segala penyediaan dokumen akan dijalankan oleh lawyer melalui agen/banker. Ingat ada caj lawyer yang dikenakan dan perlu dibayar oleh buyer. Caj lawyer dikenakan bergantung berapa percent yang ditetapkan mengikut harga rumah diambil.

SIGN DOKUMEN PERUMAHAN – Setelah dokumen siap, buyer perlu menandatangani segala perjanjian dokumen bersama banker & lawyer. Wang 6.82% tadi pun lawyer akan kembaikan pada owner asal rumah kerana berjaya dijual. Pada waktu ni kira sudah separuh jalan utnuk buyer miliki rumah tersebut. TAPI ingat bukan boleh terus duduk waktu tu juga. Selepas loan disburst oleh bank kepada owner, baru buyer boleh terima kunci & duduk rumah tersebut. Kebiasaanya 6 bulan selepas tarikh agreement tetapi ada kes sehingga 2 tahun. Buyer akan terima notis unutk mula bayaran bulanan pada bank selepas loan disburst.

PENILAI RUMAH – Selepas buyer selesai sign agreement, staff bank akan datang untuk menilai rumah. Penilai akan membuat satu laporan penilai bagi simpanan bank. Caj penilai juga perlu dibayar oleh buyer mengikut berpa percent bagi setiap harga rumah yang ditetapkan.

CAJ TAMBAHAN – Selepas buyer selesai sign agreement, buyer perlu langsaikan segala baki caj yang diperlukan oleh lawyer seperti duti stem, yuran guaman S&P, yuran guaman loan rumah & sebagainya. Buyer juga perlu selesaikan baki tunggakan rumah jika ada (cth : cukai pintu, bil api/air, dll…) dengan segera. Jika tidak, buyer tidak boleh menduduki rumah & penalty akan dikenakan ibarat menolak permohonan rumah setelah mendapat kelulusan bank.

Kesimpulannya, buyer berminat rumah subsale perlu tahu kos rumah subsale, segala tunggakan rumah tersebut dan tempoh boleh diduduki. Pastikan make clear dengan orang teribat untuk tempoh pulangan duit deposit/booking sekiranya loan anda tidak lulus. Semoga bermanfaat.

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/