KELUARGA JOIN LOAN ???
Pasti masih ada yang tertanya dengan siapa boleh join loan bagi pembelian rumah. Jadi ilustrasi di atas untuk korang lebih mudah faham dengan lebih jelas. Golongan dalam ruangan PETAK SAHAJA yang dibenarkan JOIN LOAN bersama ya. Maksud di sini join loan diantara kalangan ibu bapa, anak, pasangan sudah berkahwin & adik-beradik. Kira nya pakcik, makcik, atuk, ipar, mertua & menantu tidak boleh.
Okay jom kita bedah siasat satu per satu ruangan petak disediakan.
MERAH – KELUARGA SENDIRI
Keluarga Ali & Mia boleh join loan bersama dalam kalangan mereka sendiri. Hal ini kerana mereka keluarga bersama. Maksudnya (Ali+Mia), (Ali+anak), (Mia+anak) & (Ila+Abu)
HIJAU – KELUARGA ALI
Keluarga Ali boleh join loan bersama dalam kalangan keluarga sendiri. Hal ini kerana mereka keluarga bersama. Maksudnya (Ali+bapa), (Ali+ibu), (Ali+Mel)
HIJAU – KELUARGA MIA
Keluarga Mia boleh join loan bersama dalam kalangan keluarga sendiri. Hal ini kerana mereka keluarga bersama. Maksudnya (Mia+bapa), (Mia+ibu), (Mia+Nur)
BERAPA RAMAI BOLEH JOIN LOAN ???
Kebanyakan orang hanya join loan 2 orang sahaja. Sebagai contoh dalam kalangan ibu bapa, anak, pasangan sudah berkahwin & adik-beradik. Namun boleh ke join loan lebih dari 2 orang ?
Actually memang boleh, cuma tidak ramai yang melakukannya. Setakat ni saya pernah dengar join loan 3 orang. Lebih dari itu belum pernah dengar lagi.
Pendapat personal diri saya jangan terlalu ramai join loan. Hal ini kerana boleh menyukarkan pembahagian harta, pergelutan & pergaduhan sesama sendiri. Yelah korang bayangkan masing-masing bayar rumah untuk tempoh 35 tahun. Kebarangkalian merebut hak rumah tersebut bagi mewujudkan atas satu nama sahaja boleh berlaku. Siapa yang taknak ingin mewariskan rumah tersebut pada anak sendiri kan. Fikir-fikirkan lah ya…
Sedikit tambahan , untuk korang yang dalam dilema atau bebanan loan perumah dan buntu nak selesaikan personal loan boleh tekan sini untuk dapatkan sedikit pendapat yang berguna
Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.
Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.
Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut
Leave A Comment