KELAYAKAN LOAN BANK

Setiap individu yang ingin beli rumah WAJIB ketahui berapa kelayakan dahulu bagi memudahkan allocate budget dan berapa harga rumah yang sesuai boleh diambil. Kebanyakan kesilapan pembeli terus sahaja apply/submit dokumen bagi pembelian rumah. End up kena reject sebab tidak melepasi kelayakan.

Kita tak perlu bazir masa & tenaga untuk membuat permohonan yang sudah terang lagi bersuluh, akhirnya tidak menjumpai penghujung jalan. Ramai juga membuat tindakan “takpe, apply je try dahulu tengok lepas ke tak”. Perkara ni tak salah cuma kenapa perlu cuba sesuatu yang sia-sia kan. Jadi sila baca kriteria yang bank tetapkan untuk proceed loan rumah korang.

DEBT SERVICE RATIO (DSR)

Korang perlu Kira Debt Service Ratio (DSR) untuk mengira bulanan rumah yang wajar diambil. Korang masih boleh meletakkan kemampuan bulanan melebihi nilai DSR tetapi pastikan menepati syarat NDI. Nak tahu NDI tu apa, sila baca sampai habis. Bagi individu gaji bawah RM 3,500 dikategorikan DSR 40%. Untuk individu gaji atas RM 3,500 dikategorikan DSR 70%. Terdapat sesetengah bank meletakkan orang gaji atas RM 3,500 dikategorikan DSR 60%. Fahaman lebih lanjut apa itu DSR boleh tekan sini

FORMULA DSR 40% = (0.4 X Gaji Bersih) – Komitmen Sedia Ada

FORMULA DSR 70% = (0.7 X Gaji Bersih) – Komitmen Sedia Ada

DSR BURST %

Korang perlu kira DSR Burst atau Nisbah Khidmat Hutang dimana ia adalah formula ratio yang bank gunakan untuk mengira samada seseorang tu layak ke tak untuk mendapat pinjaman. Bagi individu gaji bawah RM 3,500 dikategorikan DSR 40%. Untuk individu gaji atas RM 3,500 dikategorikan DSR 60%. Terdapat sesetengah bank meletakkan orang gaji atas RM 3,500 dikategorikan DSR 70%.

FORMULA DSR BURST = (Komitmen Sedia Ada + Bulanan Rumah / Gaji Bersih) X 100%

Bulanan rumah ikut kemampuan korang sendiri. Contoh jawapan diperoleh 56% sedangkan korang kategori 40%, kira dah lebih paras hutang. Chance untuk bank proceed loan korang pun sukar. Fahaman lanjut apa itu DSR Burst boleh tekan sini

NET DISPOSABLE INCOME (NDI)

Korang perlu kira Net Disposable Income (NDI) dimana ia adalah formula yang bank gunakan untuk mengira baki pendapatan untuk meneruskan kos sara hidup. Iyalah jangan cakap sahaja gaji RM 1,500 apply rumah bulanan RM 1,000 mempunyai baki RM 500 adalah mampu. Bank mesti mahu individu yang tahap kewangan kukuh untuk bayaran tempoh 30-35 tahun. Yang terbaik NDI paling minimum adalah RM 1,300.

FORMULA NDI = Gaji Bersih – Komitmen (sedia ada) – Bulanan rumah (bakal ambil)

Namun masih terdapat juga beberpa bank yang masih boleh terima permohonan sekiranya NDI sekitar RM900 ke atas. Jadi sila pilih bank yang menetapi syarat kelayakan anda. Apa-apa pun perlu ingat kelulusan pada pihak bank ya. Fahaman lanjut mengenai Formula NDI boleh tekan sini

MAXIMUM LOAN

Korang perlu kira Maximum Loan dimana ia adalah formula yang bank gunakan untuk mengira berapa max loan boleh pergi. Yelah takkan kelayakan RM180K, tapi apply rumah RM300K kan. Memang kena reject nanti.

FORMULA MAX LOAN = DSR X 200 (rule of thumb)

Rule of thumb ni adalah nilai yang ditetapkan oleh bank bagi pengiraan maximum loan ya. Fahaman lanjut mengenai Maksimum Loan dan formula kiraan tekan sini

GRADE BUYER

Penentuan grade buyer ni adalah ukuran tahap profile buyer itu sendiri. Macam zaman sekolah grade A tu bagus dan seterusnya ke bawah adalah kurang bagus. Jadi apakah grade mengikut penetapan bank ?

GRADE A – Bagi buyer yang ada kelayakan dan mempunyai komitmen dengan bank. Lagi tinggi kelayakan lagi bagus.

GRADE B – Bagi buyer yang ada kelayakan tetapi tiada sebarang komitmen dengan bank. Terdapat juga buyer yang mempunyai komitmen tidak dikira komitmen bank sebagai contoh PTPTN. Maksud Grade Buyer dan cara menentukan grade boleh tekan sini

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/