SIAPA PERLU BUAT KEPUTUSAN ???

Isu buat keputusan beli rumah ni memang ramai yang akan beri pendapat dari kalangan ahli keluarga, kawan, pasangan mahupun jiran. Kalau nak beri pandangan ni, tanya lah 100 orang sekalipun memberi pandangan berbeza. End up keputusan DIRI SENDIRI JUGA. Belum lagi soal Rumah Atau kereta yang perlu didahulukan bagi orang muda

Bukanlah suatu kesalahan bertanya pendapat orang sekeliling, tetapi pastikan pertanyaan diajukan pada orang yang tepat. Contohnya bab masakan sesuai ditanyakan pada ibu atau chef masakan. Lagi satu, pendapat yang diperoleh berbeza mengikut usia dan pengalaman yang diberikan mungkin cerita ketika 10 tahun dahulu sedangkan situasi berbeza pada tahun anda sekarang. Contoh mudah, dulu check duit baki perlu simpan resit bank, kini melalui apps sahaja.

Pendapat orang hanyalah rujukan yang kita perlu dengar untuk jadikan sebagai dorongan atau pengajaran. Namun diri sendiri yang perlu dijadikan sandaran untuk berani kehadapan dalam membuat keputusan. Anda harus faham orang sekeliling kebanyakannya hanya mengeluarkan kata-kata dari mulut berbanding menghulurkan tangan bagi meringankan beban. Eh macam ayat Bersamamu pula kan, gurau ya.

Silalah bertanya pada pakar hartanah yang sememangnya mahir dalam pembelian hartanah. Majoriti akan berkata rumah pertama merupakan rumah investment dahulu dimana ianya adalah aset yang memberikan pulangan hasil, bukan liabiliti yang mengeluarkan duit menanggung beban. Oleh yang demikian, pemilikan rumah pertama adalah mengutamakan potensi dahulu berbanding lokasi.Kita perku celik dalam membezakan dan memahami apa itu Aset dan apa itu Liabiliti lagi lagi untuk yang masih muda sekarang ni supaya tak tersilap dan rugi dalam membuat keputusan

Kalau dah rumah dengan kelayakan korang tiada di lokasi pilihan, tak perlulah berharap sampai berpuluh tahu. Buatlah rumah investment walau diluar lokasi seperti disarankan. Siapalah kita untuk menidakkan kenyataan pakar hartanah. Kita tidak mahu bertanyakan pendapat orang yang salah sedangkan pakar sendiri sudah memberikan penjelasan yang lebih tepat hasil praktikal & pengalaman mereka lalui. Jangan pula berjumpa doktor, tetapi lebih percaya pada bomoh. Faham-faham lah ya.

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Klik butang di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut

SAYA NAK DAPATKAN RUMAH MAMPU MILIK

Tentang Penulis

Muhammad Zulhelmy

Beliau berlatar belakang bidang Kejuruteraan Mekatronik membuat keputusan pembelian rumah di usia muda. Kehadiran di Benahous sebagai konsultan hartanah telah banyak membantu klien dari pelbagai sektor swasta & penjawat awam.

Hartanah
  • http://zulhelmy.benahous.com/